|
2007-07-10 |
FW: Kebakaran Jalan 20 (rizab TNB) |
-----Original Message----- From: Jamaluddin Muhamed Said [mailto:jamalsho@hotmail.com] Subject: Kebakaran Jalan 20 (rizab TNB)
Assalamualaikum.
Semalam berlaku kebakaran kecil di tanah rizab TNB jalan 20. Dipercayai berpunca dari pembakaran terbuka. Sebab terdapat tempat pembuangan sampah dan banyak dahan2 kayu di persimpangan jalan 21. Api dipercayai berpunca
dari sini dan merebak ke kawasan semak samun TNB.
Pengajaran.
1. Penduduk buat pembakaran terbuka dan tidak melakukan apa-apa walaupun api telah merebak. Menurut saksi, beliau mula nampak api bermula jam 8.00 malam. Api dah mula merebak tapi kecil-kecilan, sebab tu dia tak ambil peduli.
2. Saya dan kamal No. 10 Jalan 23 (suami cik gu Wan) pergi ke tempat kejadian jam 9.30. Panggilan ke Bomba dibuat Jam 9.35. Bomba sampai jam 10.00 malam. Bayangkan kalau rumah yang terbakar (seperti di Apartment Dahlia) sudah tentu mangsa dan rumahnya sekali rentung. Kita sebenarnya perlu bersedia sebelum pasukan bomba tiba.
3. Tiada seorang pun penduduk penduduk taman seroja ( hanya 2 orang) termasuk dari jalan 20 & 21 yang berhampiran dengan tempat kebakaran keluar mengawasi kawasan kebakaran. Pelik kerana ada yang mendakwa tidak sedar,
sedangkan asap agak tebal (boleh dilihat dengan jelas dari rumah saya No 7 Jalan 30), api dah marak dan berbunyi (bunyi api membakar sampah sarap dan semak-samun). Macam mana orang yang duduk di Jalan lain dan zon lain yang sedar dulu. tapi jalan 20 terutamanaya yang betul2 berhampiran dengan tempat terbakar tak sedar.
4. Saya yakin ada yang sedar, tapi masing-masing tak ambil peduli. Mereka berasa selamat kerana kebakaran berlaku di sebarang jalan. Tapi mereka terlupa, kereta mereka menggunakan petrol. Petrol merupakan bahan yang sangat mudah terbakar. suhu panas boleh menyebabkan kebakaran. Kemerebakan api juga boleh berlaku oleh tiupan angin yang membawa objek yang sedang terbakar seperti daun dan semak samun. Adalah terlalu lambat, jika kita hanya bertindak selepas rumah kita terbakar dahulu. Langkah yang lebih selamat ialah kita bertindak sebelum rumah, isteri dan anak-anak kita dimakan api.
5. Penduduk hanya ramai keluar selepas bomba sampai. Bayangkan jika rumah jiran kita terbakar, kita tidak sedar langsung sehingga terdengan bunyi siren bomba. Usaha menyelamat sudah terlambat.
6. Benar kata Dr. YDP PPTS semasa mesyuarat baru2 ni., sistem komunikasi
kita tidak bergitu berkesan dan kita semakin bersikap tidak ambil peduli apa yang berlaku disekeliling rumah kita.
7. Anggota bomba ada bertanya kepada saya, kenapa MPSp tidak kutip sampah sarap tersebut. Saya membuat andaian kontraktor MPSp hanya mengutip sampah yang di dalam plastik sahaja. Mereka tidak mengutip dahan/ranting kayu yang dicantas oleh penduduk. Jadi penduduk bakar lah sendiri.
8. Anggota bomba mencadangkan supaya kita membuat aduan kepada MPSp supaya membersihkan kawasan semak samun tersebut. Saya memaklumkan aduan telah dibuat, tetapi MPSp tidak boleh bertindak kerana ia kawasan TNB. Bomba memaklumkan, setiap bulan diadakan mesyuarat tindakan daerah yang mana semua ketua jabatan hadir. MPSp boleh mengutarakan masalah semak-samun TNB yang terbiar semasa mesyuarat. MPSp sebenarnya ada kuasa untuk mengkompaun TNB sepertimana ia berkuasa mengkompaun penduduk yang membiarkan rumah mereka ditumbuhi semak-samun. Tetapi ini sukar berlaku kerana TNB lebih besar dari MPSp. Kalau ada rakan2 kita yang terlibat dengan mesyuarat tindakan daerah, bolehlah kemukakan perkara ini @ mungkin kita sendiri boleh memaklumkan kepada TNB mengenai kebakaran ini dan mohon mereka bersihkan kawasan mereka.
9. Saya dah kerap-kali dengar cadangan rakan2 nak bersihkan kawasan TNB dan nak tanam dengan berbagai tanaman jangka pendek. Kalau betul serius, inilah masanya untuk bertindak. Mohon kebenaran mereka untuk tanam dan janji pastikan kawasan sentiasa bersih. Dan kalau yang lebih mudah, bersihkan sahaja dan terus tanam dengan apa yang nak di tanam. Kalau TNB tanya, kata kita nak jaga kawasan mereka takut terbakar lagi. Sambil tu, kita ambil peluang tanam pokok/tanaman yang boleh datangkan hasil.
10. Terima kasih atas cadangan Sdra Omar Kemi, yang syorkan ajak anggota
minum di restoran fadiya selepas operasi memadam. Mereka bukannya dahaga
sangat. Tapi budi bahasa kita selepas mereka menolong kita. Mereka rasa gembira kerana usaha mereka dihargai. Sambil tu bolehlah tukar-tukar pandangan. Abang Fendi pun joint sekali malam tu.
11. Bomba bersedia mengadakan latihan pencegahan kebakaran. Permohonan boleh dibuat di unit latihan, bomba KLIA. Bagus juga cadangan ini. Tapi masalahnya kita tiada alat melawan kebakaran. Memanglah masa belajar bomba boleh bawa alatnya, tetapi jika berlaku kebakaran, kita masih tak dapat bertindak dengan berkesan kerana kita tiada alat.
Fikir-fikir lah untuk keselamatan kita & rakan2 kita...
terima kasih. |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 10:15 PG |
|
|
| |