Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS)

d/a No. 89, Jalan Seroja 36, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. ROS Ref: PPM/SEL. 468/99; PPP/SEL. 100/99
Aktiviti Persatuan
Aktiviti Persatuan adalah untuk anda. Muafakat Berwawasan.

  • PPTS
  • Zon-zon
  • Menjana Ekonomi
  • FORUM Perbincangan
  • Photo Album
  • Download
    Dokumen dan borang-borang penting boleh dicapai di ruangan ini

  • Laporan dan Fail
  • Borang
  • Jadual Aktiviti
  • Lain-lain
  • Derma dan Sumbangan
    Sumbangan IKHLAS tidak hanya terhad kepada wang ringgit tetapi merangkumi semua bentuk khidmat yang dapat meningkatkan lagi aktiviti persatuan dan penduduk.

  • Persatuan
  • Surau
  • Aktiviti Surau
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan juga matiku, adalah semata-mata kerana Allah, Tuhan sekelian alam.

  • Maklumat Am
  • Jadual Aktiviti
  • Pelbagai

  • Pengangkutan Awam
  • E-card
  • 2007-05-14
    FW: Sayangilah anak-anak kita

    "Jamaluddin Muhamed Said" <jamalsho AT hotmail.com>
    13/05/2007 06:38 PM



    Assalamualaikum.

    Malam selepas bacaan yassin rumah Haji Shahrom (11/05/07) saya pergi ke
    SKTS
    utk acara penutup kursus pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Ramai
    juga rakan2 TS yang saya jumpa. Lampu di dewan terbuka SKTS di tutup.
    Keadaan malap. Pelajar di bawa ke dewan terbuka dengan mata yang tertutup
    dengan kain hitam. Sesi motivasi dimulakan oleh fasilitor. Pelajar
    dimaklumkan cuma mereka dengan abang fasilitator sahaja berada di sana.
    Mereka langsung tidak tahu ibubapa mereka juga ada. Setelah sesi motivasi
    yang berapi-api (saya tak tahu istilah yang digunakan) pelajar ditanya
    beberapa soalan. Pengakuan pelajar amat memeranjatkan, seperti :

    1. Ramai (mungkin separuh) yang mengaku sering kali tinggal sembahyang.
    2. Anggaran sepuluh orang yang mengaku tidak pandai sembahyang.
    3. Ada yang mengaku pernah menghisap rokok.
    4. DAN YANG PALING MEMERANJATKAN RAMAI PELAJAR YANG MENGAKU PERNAH MELIHAT

    VIDEOA LUCAH ATAU GAMBAR LUCAH...DAN YANG LEBIH MEMERANJATKAN BILANGAN
    PELAJAR PEREMPUAN LEBIH RAMAI DARI PELAJAR LELAKI...Saya tidak dapat
    bayangkan bila ibubapa melihat pengakuan anak mereka...Walaupun anak saya
    tidak terlibat...apa jaminan mereka terhindar pada masa akan
    datang...rasanya terlallu muda...sekolah rendah...dah lihat benda yang tak

    sewajarnya...jadi tidak hairanlah kes sumbang
    mahram...zina...khalwat...aksi
    lucah diinternet...buang bayi...dan gejala sosial lain yang sangat
    sial...anak melayu yang yang juaranya...

    Menurut isteri saya, program yang sama telah dibuat di SMKBBST, tapi oleh
    fasilitaor yang lain. Statistiknya tentulah jauh lebih teruk dari sekolah
    rendah...maknanya semakin membesar anak kita...semakin teruk
    akhlaknya...semakin banyak maksiat yang mereka lalukan...

    Teringat saya semasa melakukan kerja pemasangan kabel dari stesen TNB
    (dekat
    masjid Al Syakirin KLCC) ke KLCC (Convention Centre). Kerja hanya boleh
    dilakukan bermula 8.00 malam hingga 6.00 pagi sahaja. Kawasan
    sibuk...Tengah
    malam hingga awal pagi saya dan kawan2 sering minum di beberapa
    tempat...sambil melihat kehidupan warga kota pada
    dinihari...tercabar...tapi
    tak dapat buat apa-apa...anak gadis melayu berpakaian tak
    senonoh...berperangai tidak senonoh... berkepit dengan jantan lain
    termasuk
    cina, india, mat saleh, pak hitam dan sebagainya...betul2 macam dah tiada
    agama...

    Apa nak jadi dengan generasi melayu islam sekarang. Lebih teruk dari zaman

    jahiliyah. Dulu setakat berzina sahaja...sekarang ZINA...RAKAM...DAN
    EDAR...ke internet @ H/P.

    Saya memohon marilah sama-sama kita sayangi anak kita...ambil berat
    pergaulan mereka...dekati mereka...kawal mereka...didik mereka dengan
    ajaran
    agama...dan pastikan mereka amallkan perintah agama seperti sembahyang,
    jaga
    akhlak, hormat orang tua, rajin belajar dan sifat2 mulia yang lain.
    Awasilah
    mereka...Betullah kita sibuk dengan kerjaya dan hal2 duniawi...masa untuk
    keluarga & anak2 sangat kurang...tapi apalah gunanya kita kaya dari segi
    material tapi keluarga, masyarakat dan agama kita menuju kehancuran. Saya
    juga amat bimbang kerana meninggalkan keluarga demi mencari
    rezeki...rasanya
    tak sabar nak pulang ke TS.

    Jika anak2 saya buat salah, tegurlah, atau sekurang-kurangnya berilah tau
    saya, supaya ia dapat diperbetulkan. Perkara yang tidak baik tidak boleh
    dibairkan berterusan...takut jadi amalan @ budaya @ pegangan @
    kepercayaan... nanti sukar untuk diperbaiki...jagalah anak-anak kita
    kerana
    merekalah yang akan jaga agama kita, bangsa kita dan negara kita pada masa

    akan datang...

    Wassalam...

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 11:31 PG  
    0 Comments:
    Catat Ulasan
    << M/surat Utama
     

    Terdahulu
    Arkib
    Pautan


    Hubungi:

    BLOGGER

    Login Masuk