Buat pengetahuan SEMUA WARGA Taman Seroja......... Melalui perbualan telefon dengan pegawai2 yg berkenaan seperti tercatat dibawah dan akan memberi jawapan bertulis melalui email. Dimaklumkan bahawa:- 1) Mesyuarat berkenaan semua aduan telah dibuat semalam Rabu (9/5/07)....tindakan utk semua aduan akan diambil segera 2) Aduan lampu jalan - Bhg Kejuruteraan (EnAfendi/Irwan) Pihak MPS telah BERSETUJU dan memberi kelulusan PENUKARAN semua lampu lama (75WATT) kepada lampu baru berkuasa 150 WATT dan akan menghantar surat pada pihak TNB utk melakukan penukaran lampu tersebut. Berkenaan permintaan agar SEMUA TIANG LAMPU di Jalan2 di Taman Seroja dipasang lampu jalan, pihak MPS akan menyiasat akan kesesuaian ditiang mana perlu dipasang lampu tersebut @ di Jalan Seroja yg mana satu perlu dipasang semua lampu disetiap tiang. Site visit akan dilakukan dimalam hari oleh EnAfendi dan akan menulis lapuran tentang kesesuaian pemasangan lampu jalan tersebut disetiap tiang di Jalan-jalan di Taman Seroja. 3) Aduan pokok tinggi - Bhg Landskap (PnMasitah) akan menghantar pegawai menyiasat & tindakan mencantas akan dilakukan dlm masa terdekat 4) Aduan Longkang sumbat/kotor - Bhg Parit Saliran & Tmn Permainan (EnJemlus) tindakan pembersihan akan diambil disekitar surau & sekitarnya 5) Aduan Anjing Liar - Bhg Kesihatan (Safrina/EnKamal/EnHalim) - tindakan sedang diambil kerana ada masalah sedikit berkenaan kontraktor... 6) Aduan Pemasangan Bonggol di Jalan Seroja 25 - Bhg Kejuruteraan (EnKhairil/EnZairi) PERMOHONAN DILULUSKAN & sdg buat INVENTORI. Dlm masa terdekat insyaALLAH akan dibuat st budget. Pihak teknikal akan menyiasat kesesuaian pemasangan bonggol di tempat2 yg sesuai disepanjang Jalan Seroja 25. Jika tidak ada aral melintang bonggol akan dipasang dalam masa 1-2 bulan dari sekarang. Sekian Terimakasih YUSAINEY B HAMID Yusainey B Hamid/CCD/Maybank 10/05/2007 11:00 AM |