|
2007-07-09 |
Takaful keluarga Berkelompok Taman Seroja |
Takaful Keluarga Berkelompok Taman Seroja
Pada 7 Julai 2007M bersamaan 23 Jamadil Akhir 1428H, majlis penerangan mengenai Takaful Keluarga Berkelompok telah diadakan di Surau Taman Seroja. Taklimat disampaikan oleh sdr Zaharuddin Sajin dari Takaful Malaysia Nilai. Kira-kira 45 muslimin hadir.
Berikut adalah beberapa ciri utama skim berkenaan:
1. Takaful akan berurusan dengan persatuan berdaftar. Bilangan ahli minimum ialah 20. 2. Sumbangan kepada skim ini adalah satu 'sadaqah' iaitu tiada pulangan jika tiada tuntutan. 3. Sumbangan tahuna ialah RM 24.00 setahun untuk setiap ahli. 4. Setiap ahli boleh memilih untuk melindungi kematian ahli, pasangan dan anak-anak. 5. Pendaftaran dan tuntutan diurus oleh Persatuan. Sijil disiman oleh Persatuan. 6. Tuntutan akan disalurkan melalui akaun persatuan. 6. Jika tiada sebarang tuntutan sepanjang tahun, keuntungan mudarabah akan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan.
3 wakil berikut tela dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja: 1. Sdr Ramli (Zon 3) 2. Sdr Yusof (Zon 1) 3. Sdr Imam Kamal (Zon 4).
JK penaja akan membincangkan lebih lanjut untuk memulakan penubuhan Takaful ini.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi JK Penaja atau JK Surau taman Seroja.
Sekian, terima kasih.
Dr Othman warijo, YDP PPTS |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:44 PG |
|
|
| |