Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS)

d/a No. 89, Jalan Seroja 36, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. ROS Ref: PPM/SEL. 468/99; PPP/SEL. 100/99
Aktiviti Persatuan
Aktiviti Persatuan adalah untuk anda. Muafakat Berwawasan.

  • PPTS
  • Zon-zon
  • Menjana Ekonomi
  • FORUM Perbincangan
  • Photo Album
  • Download
    Dokumen dan borang-borang penting boleh dicapai di ruangan ini

  • Laporan dan Fail
  • Borang
  • Jadual Aktiviti
  • Lain-lain
  • Derma dan Sumbangan
    Sumbangan IKHLAS tidak hanya terhad kepada wang ringgit tetapi merangkumi semua bentuk khidmat yang dapat meningkatkan lagi aktiviti persatuan dan penduduk.

  • Persatuan
  • Surau
  • Aktiviti Surau
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan juga matiku, adalah semata-mata kerana Allah, Tuhan sekelian alam.

  • Maklumat Am
  • Jadual Aktiviti
  • Pelbagai

  • Pengangkutan Awam
  • E-card
  • 2007-05-22
    FW: Aduan No. 3821 - Pemotongan Lalang Jalan Seroja 24

    ----- Forwarded by Yusainey B Hamid/CCD/Maybank on 22/05/2007 02:26 PM
    -----

    TERIMAKASIH  KPD MPS TERUTAMANYA PADA ENCIK JEMLUS YANG TELAH MELAKSANAKAN
    TUGAS BELIAU DGN BAIK DAN PANTAS....



    ALHAMDULILLAH
    Kita harap ianya menjadi kenyataan.Bukannya apa,kita risau ular, anjing
    dan budak2 nakal berleluasa?Wah!Nampaknya bolehlah anak2 kita bermain di
    situ pulak ye.By the many  thanks for yr kind help.



    Zakaria Mohd Nani




    PakYa...fyi...MPS Sepang reply on your  complaints....

    aduan@mpsepang.gov.my
    21/05/2007 10:13 AM

    To yusainey@maybank.com.my

    Assalammualaikum dan salam sejahtera...........

    Terlebih dahulu, terima kasih di atas keprihatinan anda............

    Untuk makluman puan/cik, Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang telah
    membuat lawatan tapak ke tempat aduan pada 16 Mei 2007 dan hasil lawatan
    mendapati lokasi aduan yang dinyatakan adalah di bawah tanggungjawab pihak
    pemaju. Pihak kami akan memaklumkan dan memanjangkan perkara ini kepada
    pihak pemaju yang berkenaan supaya menjalankan kerja-kerja pembersihan di
    lokasi tersebut dalam kadar segera.

    Oleh yang demikian, pihak kami berharap puan/cik berpuas hati dengan
    penjelasan di atas dan tindakan kami. Segala kesulitan dari pihak kami
    amatlah di kesali..........

    Sekian, terima kasih...........

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 5:28 PTG   0 komen
    2007-05-14
    FW: Sayangilah anak-anak kita

    "Jamaluddin Muhamed Said" <jamalsho AT hotmail.com>
    13/05/2007 06:38 PM



    Assalamualaikum.

    Malam selepas bacaan yassin rumah Haji Shahrom (11/05/07) saya pergi ke
    SKTS
    utk acara penutup kursus pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Ramai
    juga rakan2 TS yang saya jumpa. Lampu di dewan terbuka SKTS di tutup.
    Keadaan malap. Pelajar di bawa ke dewan terbuka dengan mata yang tertutup
    dengan kain hitam. Sesi motivasi dimulakan oleh fasilitor. Pelajar
    dimaklumkan cuma mereka dengan abang fasilitator sahaja berada di sana.
    Mereka langsung tidak tahu ibubapa mereka juga ada. Setelah sesi motivasi
    yang berapi-api (saya tak tahu istilah yang digunakan) pelajar ditanya
    beberapa soalan. Pengakuan pelajar amat memeranjatkan, seperti :

    1. Ramai (mungkin separuh) yang mengaku sering kali tinggal sembahyang.
    2. Anggaran sepuluh orang yang mengaku tidak pandai sembahyang.
    3. Ada yang mengaku pernah menghisap rokok.
    4. DAN YANG PALING MEMERANJATKAN RAMAI PELAJAR YANG MENGAKU PERNAH MELIHAT

    VIDEOA LUCAH ATAU GAMBAR LUCAH...DAN YANG LEBIH MEMERANJATKAN BILANGAN
    PELAJAR PEREMPUAN LEBIH RAMAI DARI PELAJAR LELAKI...Saya tidak dapat
    bayangkan bila ibubapa melihat pengakuan anak mereka...Walaupun anak saya
    tidak terlibat...apa jaminan mereka terhindar pada masa akan
    datang...rasanya terlallu muda...sekolah rendah...dah lihat benda yang tak

    sewajarnya...jadi tidak hairanlah kes sumbang
    mahram...zina...khalwat...aksi
    lucah diinternet...buang bayi...dan gejala sosial lain yang sangat
    sial...anak melayu yang yang juaranya...

    Menurut isteri saya, program yang sama telah dibuat di SMKBBST, tapi oleh
    fasilitaor yang lain. Statistiknya tentulah jauh lebih teruk dari sekolah
    rendah...maknanya semakin membesar anak kita...semakin teruk
    akhlaknya...semakin banyak maksiat yang mereka lalukan...

    Teringat saya semasa melakukan kerja pemasangan kabel dari stesen TNB
    (dekat
    masjid Al Syakirin KLCC) ke KLCC (Convention Centre). Kerja hanya boleh
    dilakukan bermula 8.00 malam hingga 6.00 pagi sahaja. Kawasan
    sibuk...Tengah
    malam hingga awal pagi saya dan kawan2 sering minum di beberapa
    tempat...sambil melihat kehidupan warga kota pada
    dinihari...tercabar...tapi
    tak dapat buat apa-apa...anak gadis melayu berpakaian tak
    senonoh...berperangai tidak senonoh... berkepit dengan jantan lain
    termasuk
    cina, india, mat saleh, pak hitam dan sebagainya...betul2 macam dah tiada
    agama...

    Apa nak jadi dengan generasi melayu islam sekarang. Lebih teruk dari zaman

    jahiliyah. Dulu setakat berzina sahaja...sekarang ZINA...RAKAM...DAN
    EDAR...ke internet @ H/P.

    Saya memohon marilah sama-sama kita sayangi anak kita...ambil berat
    pergaulan mereka...dekati mereka...kawal mereka...didik mereka dengan
    ajaran
    agama...dan pastikan mereka amallkan perintah agama seperti sembahyang,
    jaga
    akhlak, hormat orang tua, rajin belajar dan sifat2 mulia yang lain.
    Awasilah
    mereka...Betullah kita sibuk dengan kerjaya dan hal2 duniawi...masa untuk
    keluarga & anak2 sangat kurang...tapi apalah gunanya kita kaya dari segi
    material tapi keluarga, masyarakat dan agama kita menuju kehancuran. Saya
    juga amat bimbang kerana meninggalkan keluarga demi mencari
    rezeki...rasanya
    tak sabar nak pulang ke TS.

    Jika anak2 saya buat salah, tegurlah, atau sekurang-kurangnya berilah tau
    saya, supaya ia dapat diperbetulkan. Perkara yang tidak baik tidak boleh
    dibairkan berterusan...takut jadi amalan @ budaya @ pegangan @
    kepercayaan... nanti sukar untuk diperbaiki...jagalah anak-anak kita
    kerana
    merekalah yang akan jaga agama kita, bangsa kita dan negara kita pada masa

    akan datang...

    Wassalam...

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 11:31 PG   0 komen
    2007-05-10
    FW: Latest Updates From Majlis Perbandaran Sepang

    Buat pengetahuan SEMUA WARGA Taman Seroja.........
    Melalui perbualan telefon dengan pegawai2 yg berkenaan seperti tercatat
    dibawah dan akan memberi jawapan bertulis melalui email.
    Dimaklumkan bahawa:-

    1) Mesyuarat berkenaan semua aduan telah dibuat semalam Rabu
    (9/5/07)....tindakan utk semua aduan akan diambil segera

    2) Aduan lampu jalan - Bhg Kejuruteraan (EnAfendi/Irwan) Pihak MPS telah
    BERSETUJU dan memberi kelulusan PENUKARAN semua lampu lama (75WATT) kepada
    lampu baru berkuasa 150 WATT dan akan menghantar surat pada pihak TNB utk
    melakukan penukaran lampu tersebut.

    Berkenaan permintaan agar SEMUA TIANG LAMPU di Jalan2 di Taman Seroja
    dipasang lampu jalan, pihak MPS akan menyiasat akan kesesuaian ditiang
    mana perlu dipasang lampu tersebut @ di Jalan Seroja yg mana satu perlu
    dipasang semua lampu disetiap tiang. Site visit akan dilakukan dimalam
    hari oleh EnAfendi dan akan menulis lapuran tentang kesesuaian pemasangan
    lampu jalan tersebut disetiap tiang di Jalan-jalan di Taman Seroja.

    3) Aduan pokok tinggi - Bhg Landskap (PnMasitah) akan menghantar pegawai
    menyiasat & tindakan mencantas akan dilakukan dlm masa terdekat

    4) Aduan Longkang sumbat/kotor  - Bhg Parit Saliran & Tmn Permainan
    (EnJemlus) tindakan pembersihan akan diambil disekitar surau & sekitarnya

    5) Aduan Anjing Liar - Bhg Kesihatan (Safrina/EnKamal/EnHalim) - tindakan
    sedang diambil kerana  ada masalah sedikit  berkenaan kontraktor...

    6) Aduan Pemasangan Bonggol di Jalan Seroja 25 - Bhg Kejuruteraan
    (EnKhairil/EnZairi) PERMOHONAN DILULUSKAN & sdg buat INVENTORI. Dlm masa
    terdekat insyaALLAH akan dibuat st budget. Pihak teknikal akan menyiasat
    kesesuaian pemasangan bonggol di tempat2 yg sesuai disepanjang Jalan
    Seroja 25. Jika tidak ada aral melintang bonggol akan dipasang dalam masa
    1-2 bulan dari sekarang.

    Sekian Terimakasih
    YUSAINEY B HAMID


    Yusainey B Hamid/CCD/Maybank
    10/05/2007 11:00 AM

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 5:39 PTG   0 komen
    FW: REPLY FROM MPS - Lampu Tiang + Mencantas Pohon Tinggi

    Merujuk kepada  email dd 24/4/07 dan lain2 email dari penduduk Tmn Seroja
    ......and e-aduan dr saya dd 8/5/2007.

    Saya telah mendapat MAKLUMBALAS dari  En Afendi Bhg Kejuruteraan MPS,
    Beliau faham perkara & rungutan penduduk Taman Seroja dan akan membuat
    SITE VISIT dimalam hari untuk melihat
    dengan lebih dekat keadaan lampu jalan yng tidak terang dan malap.

    Beliau berjanji akan membuat site visit insyaALLAH secepat mungkin bagi
    menyelesaikan masalah ini.

    Beliau juga berjanji akan memberitahu  kepada Jabatan Landskap untuk
    MENCANTAS dahan pokok2 yang terlebih tinggi.

    Beliau juga MEMBERITAHU bahawa jika kita ingin JALAN SEROJA 25 dipasang
    dengan SPEED BREAKER / BONGGOL ianya adalah boleh
    dilakukan KERANA Jalan 25 terletak dalam KAWASAN TAMAN PERUMAHAN.
    Saya juga memberitahu EnAfendi bahawa JALAN SEROJA 25 seringkali kenderaan
    yang menuju ke APT TAMAN DAHLIA dipandu laju dan ini AMAT MEMBAHAYAKAN
    pejalan kaki terutamanya kanak2
    sekolah.

    Dia meminta saya menghantar aduan tersebut melalui E-ADUAN. InsyaALLAH
    akan saya lakukan hari ini juga...InsyaALLAH

    Sekian Harap Maklum

    YUSAINEY HAMID

    sk. Semua Penduduk Taman Seroja (melalui e-mail)




    Yusainey B Hamid/CCD/Maybank
    08/05/2007 03:50 PM

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:34 PG   0 komen
    2007-05-08
    FW: Aduan Melalui E-ADUAN MPS-Taman Seroja


    Kepada 1) Tn Haji Dr Othman
             2) En Faizul
             3) En Jamaluddin Md Said
             4) Semua Penduduk Taman Seroja

    Perkara diatas adalah dirujuk.
    Buat makluman semua penduduk Taman Seroja, hari ini sekitar  jam 12pm saya telah dapat meghubungi MPS dan dpt
    bercakap dengan 2 org pegawai MPS :--
    1) En Jemlus - Bhg Longkang/Parit & Tmn Permainan
    2) Pn Sazianah - Bhg e-aduan

    Aduan2 terdahulu yang telah  dibuat adalah seperti berikut:--
    1) Lampu Jalan - ditambah & ditukar model 175WATT
    2) Longkang & parit
    3) Pokok/pohon telalu tinggi - perlu dicantas
    4) Anjing Liar

    Sila rujuk pada e-mail saya bertarikh 8/5/07 @ ADUAN-Anjing Liar / Lampu Jalan / Longkang / Pokok Tinggi


    Saya lampirkan juga disini email melalui e-aduan bertarikh 8/5/07 untuk tatapan semua


    Diharap semua penduduk Taman Seroja  PERIHATIN dengan masalah2 yg dihadapi dan bersama dalam menanganinya.
    Buatlah aduan samada melalui "e-aduan" OR hantar email kpd "admin@mpsepang.gov.my atau telefon 03-8778 2000.
    Sama-samalah kita bantu PPTS agar dapat lebih berkembang dengan baik & jayanya utk kebaikan kita semua.....
    Jadilah WARGA TAMAN SEROJA yang perihatin untuk kemakmuran bersama............

    Sekian Terimakasih.

    YUSAINEY BIN HAMID

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 3:58 PTG   0 komen
    FW: ADUAN-Anjing liar/lampu Jalan/Longkang/Pokok Tinggi


    EnJemlus...boleh beritahu saya dengan JABATAN apa di MPSEPANG untuk saya/kami berurussan secara terus jika kami ade
    sebarang ADUAN berkenaan dengan masalah berikut: Aduan yang dihantar melalui email ke "admin@mpsepang.gov.my" pada 24 APRIL 2007 sebelum ini SENYAP SUNYI. macam tiada siapa yang ambil perhatian KERANA tiada maklumbalas yang saya/kami terima....

            1. Lampu Jalan
            2. Lonkang & parit
            3. Pokok/Pohon terlalu tinggi. Perlu dicantas
            4. Anjing Liar

    Diharap mendapat maklumbalas dari pihak tuan. Diharap juga EnJemlus dapat FORWARD kan email saya pada PN SAZIANAH (eaduan)
    bagi tindakan beliau seterusnya. Saya telah bercakap dgn beliau sebentar tadi.

    PnSazianah ada memberitahu bahawa Pihak Kejuruteraan MPSepang telah memberi maklumbalas bahawa Tman Seroja lampu tiang adelah mencukupi.
    Ingin daya tegaskan bahawa PihakKejuruteraan MPS telah SILAP beri maklumbalas. TENGOK lah betul2 dimalam hari. Tempat mana yg terang & tempat mana yg GELAP or lampu MALAP. Tolonglah buat SITE VISIT bila waktu malam barulah akan nampak JALAN2 yang GELAP dab perlu diberi perhatian dan ditambah lampu disetiap tiang. Please lah....buat kerja lebih sikit untuk kesejahteraan RAKYAT Tman Seroja yang MEMBAYAR CUKAI ini........

    Kalau lampu terang JALAN SEROJA 25 (Jalan Besar) Memang terang dah tu berdepan pula dengan JALAN SEROJA 29. Memang lah TERANG.

    Tapi cuba lah pihak MPS lihat dan semak semula dimalam hari JALAN2 berikut memang GELAP & MALAP.
    Jalan Seroja 24, 22, 21, 20, 19, 18, 17, 16, 15, 14 ,13.
    Jalan Seroja 30, 31 dll Jalan2 yg saya tidak sebutkan......
    Sila buat SITE VISIT dimalam hari utk melihat keadaan sebenarnya......................


    Seperti yg saya berithu pada PnSazianah....kalau di Taman Sri Medan Sijangkang SETIAP tiang ade lampu?? Maybe disebabkan oleh ADUN Sijangkang Dato Fatah tinggal disitu kot, baru nak pandang or buka mata... Tempat lain boleh kenapa TmnSeroja tidak boleh.....
    Kalau di Pekan Tanjung Sepat ade banyak lampu dipasang..Kalau KgKundang semua tiang dipasang lampu.....kenapa Tmn Seroja tidak boleh......

    Lastly, buat pengetahuan YDP MPS, EnJemlus telah memberi maklumbalas yg positif atas bahagian yg mana beliau ditugaskan spt Longkang di Surau Taman Seroja & longkang Di Tadika Perpaduan. Beliau telah berjaya dengan cepat selesaikan masalah itu walaupun aduan dibuat melalui panggilan telefon sahaja. Maknanya dia ni @ EnJemlus ni prihatin & proaktif jugalah....Beliau juga telah berjaya to ensure that rumput di TmnPermainan dipotong di JS23JS22 dan JS 22/3.

    Sila selidik dengan TERPERINCI aduan yg diberikan....Aduan adalah sbg penambahbaikan bukan menyesatkan.....
    Diharap mendapat MAKLUMBALAS yang POSITIF dari pihak MPS....

    Terimakasih.

    YUSAINEY BIN HAMID

    SK:         Pengurusi PPTS Tn Hj Dr Othman
            Setiausaha PPTS En Faizul
            Naib YDP Zone3 Tmn Seroja En Jamaluddin
            Semua Penduduk Taman Seroja

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 1:04 PTG   0 komen
    2007-05-07
    FW: Pemasangan Lampu JalanTaman Seroja - 150 WATT + Anjing Liar

     

     


    From: yusainey@maybank.com.my [mailto:yusainey@maybank.com.my]
    Sent: Monday, May 07, 2007 16:25
    To: admin@mpsepang.gov.my

    Tuan YDP MP Sepang

    1)Merujuk pada surat saya pada pihak tuan melalui email bertarikh 24hb April 2007, sehingga ke tarikh hari ini 7/5/2007 pihak kami masih lagi belum menerima maklum balas dari pihak tuan (MPSepang).

    Diharap pihak tuan dapat mengambil TINDAKAN SEWAJARnya dalam perkara tersebut.
    A reply from your office is greatly appreciated.
    Pls confirm with us with whom we should be liasing directly ie. Jab Kejuruteraan or etc.....

    2)SATU lagi aduan -  POKOK MANGGA YANG DITANAM DI TAMAN SEROJA SUDAH TERLAMPAU TINGGI SEHINGGA MENUTUP LAMPU TIANG. HARAP DAUN2 YANG TERLEBIH TINGGI PIHAK MPSEPANG DAPAT MENGHANTAR STAF UTK MENCANTAS DAHAN2 TERSEBUT.

    SEBAGAI CONTOH JS 23, JS 22, JS 21, JS 20, JS 19, JS 18, JS 17, JS 16. JS 15, JS 14 & JS 13....SILA HANTAR STAFF UTK MELIHAT KEADAAN TERSEBUT TERUTAMA DI MALAM HARI....KEADAAN LAMPU TIDAK TERANG.......MALAP.....CANTAS LAH POKOK2 TERSEBUT...YG MANA PATUT....

    DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MENGHANTAR STAF UTK MENCANTAS & TRIM POKOK 2 TERSEEBUT...

    TERIMAKASIH..

    SK        1. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seroja
            2. Semua Penduduk Taman Seroja



    Saya sebagai penduduk diTaman Seroja 100% setuju dengan cadangan tersebut.
     
    terima kasih
     
     



    InsyaAllah,
     
    Semoga pihak Majlis Perbandaran Sepang dapat mengusahakan/menyediakan lampu ditiang-tiang yang berpatutan dengan segera.
     
    Tolong usahakan juga untuk memasang lampu ditiang yang berhampiran dengan bahagian belakang Surau Taman Seroja.
    Ianya amat diperlukan oleh jemaah wanita dan kanak-kanak perempuan terutama bagi tujuan menghadiri kelas-kelas agama diwaktu malam.
     
    Semoga kerja kuat oleh pihak MPSpg akan dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan dikawasan ini (Sepang).
     
    Berusaha, Berjaya, Aman Sejahtera.

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 4:33 PTG   0 komen
    2007-05-04
    Ust. Daud Che Ngah di Surau Tmn Seroja
    Sebahagian Ceramah Ust Daud Che Ngah telah di rakam. Download file di bawah dan main kan di Realplayer.


    Ust%20Daud%20Che%20Ngah.amr

    Kepada yang ada mengambil gambar sila emailkan ke seroja AT seroja.info
    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:42 PG   0 komen
    2007-05-03
    LAPORAN AKTIVITI SURAU TAMAN SEROJA
    1. Kelas pengajian.

    Kelas pengajian bagi meningkatkan pemahaman mengenai agama Islam semakin mendapat sambutan daripada ahli qariah Taman Seroja.

    Jadual kelas terkini sila rujuk papan tanda di surau.


    2. Aktiviti dibulan Ramadhan dan Syawal

    Solat terawikh dan witir, tahlil, morey, tadarus al-Quran dan qiamullail dijalankan sepanjang ramadhan. Sumbangan kepada warga emas, anak yatim dan peserta remaja tadarus telah diadakan dibulan ramadhan. Surau Taman Seroja juga telah menjadi saksi bagi acara mengIslamkan seorang orang asli di bulan Ramadhan kali ini. Solat Aidul Fitri telah diadakan pertamakalinya di Surau Taman Seroja. Ustaz Lutfi telah membacakan khutbah dan mengimami jemaah. Sementara itu Saudara Affendi telah bertindak sebagai khatib.

    3. Pembesaran surau.

    Pembesaran surau secara gotong royong telah dijalankan dengan kerjasama yang padu dari qariah Taman Seroja. Wang derma dari para qariah Taman Seroja telah digunakan bagi membeli barang-barangan untuk tujuan pembesaran. Untuk makluman, kerja-kerja pembesaran surau masih lagi belum selesai. Anggaran kod pembesaran RM 20,570.00. Jumlah sumbangan dikumpul RM 16,954.00

    4. Qurban 1427H

    Solat sunat Aidul Adha telah dijalankan di Surau Taman Seroja. Ustaz Lutfi telah membacakan khutbah dan mengimami solat. Khatib solat adalah Imam Yusuf. Sebanyak sepuluh ekor lembu telah diqurban dan diaqiqahkan pada tahun ini. Proses menyembelih dan membahagikan daging telah diselesaikan dengan sempurna atas kerjasama qariah Taman Seroja.

    5. Maal Hijrah 1428H

    Satu ceramah Maal Hijrah telah diadakan. Penyampai ceramah adalah Ustaz Badrul Amin.

    6. Maulidul Rasul 1428H

    Majlis perarakan dari tapak Pasar Malam ke Surau Taman Seroja telah diadakan pada hari tersebut. Nasyid dari KAFA Integrasi, bacaan ayat suci al-Quran dan tafsir oleh Ustaz Hafiz, Syair oleh Imam Yusuf dan ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Halim Din telah diadakan selepas perarakan.

    7. Makluman:.

    Kelas Hadis Hukum telah diberhentikan buat sementara waktu kerana Ustaz Wan Abdul Fatah telah pergi melanjutkan pelajarannya.

    Ustazah Salbiah telah meninggal dunia pada 23 March 2007. (AlFatihah buat arwah).
    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:37 PTG   0 komen
    FW: RE: Pemasangan Lampu JalanTaman Seroja - 150 WATT + Anjing Liar

    -----Original Message-----
    From: razali_b@pnb.com.my [mailto:razali_b@pnb.com.my]
    Sent: Thu 5/3/2007 10:01 AM

    SEBAGAIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK YANG
    TELAH BERLANGSUNG TEMPOHARI SAYA AMAT MENYOKONG AGAR PEMASANGAN LAMPU
    DITIAP TIANG TNB DAN MASALAH ANJING LIAR  DAPAT DITANGANI  DENGAN KADAR
    SEGERA. OLEH  PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG , SEKIAN TERIMA KASIH


    SEMOGA SELANGOR MAJU,RAKYAT SEJAHTERA


    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 10:27 PG   0 komen
    2007-05-01
    FW: RE: Pemasangan Lampu JalanTaman Seroja - 150 WATT + Anjing Liar {VirusEngine Scanned}

    From: othman abdullah [mailto:othmanha63@yahoo.com]
    Sent: Mon 4/30/2007 11:06 AM

    Sdr semua,
     
    Sebagaimana dibincangkan dalam Mesyuarat Agung kelmarin, sila hantar surat sokongan kepada MPSp.  Semoga dengan itu, cadangan ini terlaksana dengan jayanya.
     
    Sdr Setiausaha juga akan menulis surat bagi pihak PPTS dengan perincian bagi memenuhi keperluan seluruh taman.
     
    Terima kasih.
     
    YDP

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 12:19 PTG   0 komen
    Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 7 PPTS

    Jam 2:30 petang
    Ahad, 29 April 2007
    Dewan Kemasyarakatan Taman Seroja

    Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 7 PPTS
    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:00 PG   0 komen

    Terdahulu
    Arkib
    Pautan


    Hubungi:

    BLOGGER

    Login Masuk