Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS)

d/a No. 89, Jalan Seroja 36, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. ROS Ref: PPM/SEL. 468/99; PPP/SEL. 100/99
Aktiviti Persatuan
Aktiviti Persatuan adalah untuk anda. Muafakat Berwawasan.

  • PPTS
  • Zon-zon
  • Menjana Ekonomi
  • FORUM Perbincangan
  • Photo Album
  • Download
    Dokumen dan borang-borang penting boleh dicapai di ruangan ini

  • Laporan dan Fail
  • Borang
  • Jadual Aktiviti
  • Lain-lain
  • Derma dan Sumbangan
    Sumbangan IKHLAS tidak hanya terhad kepada wang ringgit tetapi merangkumi semua bentuk khidmat yang dapat meningkatkan lagi aktiviti persatuan dan penduduk.

  • Persatuan
  • Surau
  • Aktiviti Surau
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan juga matiku, adalah semata-mata kerana Allah, Tuhan sekelian alam.

  • Maklumat Am
  • Jadual Aktiviti
  • Pelbagai

  • Pengangkutan Awam
  • E-card
  • 2006-01-25
    [Fwd: Mini Inventori Rakyat Majlis Perbandaran Sepang]
    -------- Original Message --------
    Subject: Mini Inventori Rakyat Majlis Perbandaran Sepang
    Date: Tue, 24 Jan 2006 15:25:39 +0800
    From: Taman Seroja <tamanseroja AT gmail.com>
    To: tmnseroja AT gmail.com


    Rabu, 18 Januari 2006.
    Saya bersekempatan pergi ke Majlis Inventori Rakyat (IMR) Majlis Perbandaran Sepang yang diadakan di Dewan Bandar Baru Salak Tinggi, untuk menyuarakan aduan dan usul dari Persatuan Penduduk Taman Seroja. Sebanyak 10 aduan / usul bertulis dan satu usul lisan telah saya kemukakan sendiri kepada YDP MPSp En. Azizan Sidim. Berikut adalah aduan/usul yang dikemukakan oleh PPTS kepada MPSp.
    Usul bertulis:
    1. Meminta MPSp membaiki Jalan Berlubang di Taman Seroja
    2. Meminta MPSp mebaiki hujung Jalan Seroja 37 yang runtuh.
    3. Mendesak MPSp mengatasi masalah anjing-anjing liar yang berkeliaran.
    4. Meminta MPSp menyediakan pungutan bagi mengatasi masalah pungutan sisa bukan domestik seperti perabut buruk dan sebagainya.
    5. Meminta MPSp mengganti man-hole cover yang hilang di hadapan SKTS.
    6. Meminta MPSp membina hump mengurang kelajuan di Jalan Seroja 25 dan Jalan Seroja Permai (jalan hadapan zon 4).
    7. Meminta MPSp menyediakan lampu-lampu di kawasan taman permainan.
    8. Memohon MPSp menyediakan gelanggang simen berukuran 25 meter x 15 meter.
    9. Meminta ditambah kekerapan Pasr Malam dan sebahagian hasil pungutan Majlis dari peniaga Pasar Malam disalurkan kepada PPTS.
    10. Meminta MPSp membuang iklan-iklan yang digantung di tiang dan pokok.
    Usul lisan.
    1. Meminta MPSp mengemaskini laman webnya serta memberi e-mail pegawai kanan MPSp bagi memudahkan orang ramai menghubungi mereka secara e-mail.
    YDP MPSp memaklumkan kepada saya bahawa MPSp akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap usul/aduan dari PPTS.
    Kita akan tunggu dan lihat akan perkara ini. Saya akan buat susulan sekiranya tiada tindakan positif dari MPSp dalam tempoh 2 bulan.
    Faizul Hashim
    SU PPTS.
    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 9:14 PG   0 komen
    2006-01-16
    DAILOG PPTS DENGAN USAHAWAN NIAGA

    Ruj : PTTS/06-01(1)

    Tarikh : 11 Januari 2006

    SEMUA PENGUSAHA PERNIAGAAN ISLAM

    Taman Seroja


    DAILOG PPTS DENGAN USAHAWAN NIAGA

    Terlebih dahulu Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS) mengucapkan terima kasih kepada usahawan-usahawan yang telah melaksanakan fardhu kifayah di bidang ekonomi di Taman Seroja ini. Usaha murni ini seharusnya mendapat sokongan dari para penduduk di Taman Seroja dan di taman-taman persekitaran yang majoritinya beragama Islam.

    Menyedari peri mustahaknya fardhu kifayah ini ditingkatkan dan dipergiatkan lagi, PPTS akan mengadakan dailog dengan usahawan niaga Islam di Taman Seroja bagi mencari mekanisma untuk menggalakkan penduduk-penduduk khususnya yang beragama Islam berbelanja di premis perniagaan milik orang Islam. Sehubungan dengan ini, Tuan / Puan dijemput untuk menghadiri Majlis Dailog ini yang akan diadakan seperti berikut:

    Masa & Tarikh : 10 pagi – 12. 00 tengahari, 22 Januari 2006 (Ahad)

    Tempat : Balai Kemasyarakatan Taman Seroja

    Jalan Seroja 17, Taman Seroja.

    Agenda : Ucapan YDP PPTS

    Dailog Penduduk Taman Seroja dan Pengusaha Perniagaan.

    Resolusi Dailog

    Kehadiran dan komitmen Tuan / Puan ke Majlis ini amat dihargai dan PPTS mendahulukan dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    ‘Muafakat Berwawasan”


    Dr. Othman Bin Haji Abdullah

    Yang Di Pertua

    Tel: 0192349557

    Harap dapat sahkan kehadiran sebelum atau pada 20 Januari 2006 melalui SMS.

    Faizul: 0126593878

    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 2:29 PTG   0 komen
    2006-01-05
    SELAMAT DATANG 2006(M) DAN 1427(H)



    Selamat bertemu dalam tahun baru. Kali ini istimewa kerana 1 Januari 2006 diikuti dengan 1 Muharam 1427 tidak sampai selang sebulan. Selamat Tahun Baru kepada Muslimin dan Selamat Tahun Baru Masehi kepada yang meraikannya. Semoga tahun baru membuka lembaran baru yang lebih cerah dan bererti kepada kita semua, masyarakat Taman Seroja.

    PPTS telah melalui tahun 2005 dengan jayanya. Antara aktiviti utama ialah Kempen Kesedaran Kesihatan dan Gotong-Royong Perdana (6 Mac), Mesyuarat Agung PPTS (24 April), Maulidul Rasul (21 April), sukaneka dan Hari Keluarga (18 Jun - 31 Julai) dan Majlis Hari Raya (4 Disember). Badan-badan di bawah naungan PPTS, Jawatankuasa Surau Taman Seroja dan Badan-badan Kejiranan Zon terus cemerlang dengan aktiviti masing-masing.

    Entiti baru, KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja (di SKTS) dan TBK Perpaduan Taman Seroja juga sangat memberangsangkan. KAFA Integrasi yang beroperasi bagi tahun pertamanya dengan lebih 700 murid, menjadi Johan Keseluruhan Amal Islami daerah Sepang dan mencapai 82.6% kelulusan PSRA 2006. TBK Perpaduan pula menjadi TBK cemerlang dengan Pengerusi pengurusannya dianugerahi Penjaga Contoh peringkat Selangor. Syabas!
    Tahun ini kita semua perlu lebih tekun dan komited untuk meningkatkan kecemerlangan. Kita sedia maklum, individu cemerlang ialah yang sentiasa memastikan `hari ini lebih baik daripada semalam, sementara esok lebih baik daripada hari ini'. Masyarakat cemerlang pun begitu juga. Tentu sasaran kita untuk menjadi masyarakat gemilang dan terbilang.

    PPTS ada beberapa rancangan bagi tahun 2006: Mesyuarat Agung PPTS (26 Mac - tandakan diari anda - tahun ini ada pemilihan!), Sukaneka (30 Julai), Hari Kemerdekaan (30/31 Ogos) dan Majlis Hari Raya (19 November).
    PPTS yakin, Badan-badan Kejiranan Zon akan terus meningkatkan aktiviti kejiranan. Jawatankuasa Surau (PPTS) akan terus rancak dengan kuliah dan ceramah, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti kemasyarakatan. Badan Khairat dan Kompang.com akan diberi susunan baru. KAFA Integrasi dan TBK Perpaduan, Insya Allah terus cemerlang.

    Dalam masa yang sama, PPTS juga mensasarkan; Taman Seroja diwartakan sebagai Sektor Rukun Tetangga pada tahun 2006!

    Yang lain? Sdr penduduk Taman Seroja tentu ada agenda-agenda cemerlang untuk mencapai masyarakat gemilang. Mari kita bersama-sama menumpukan usaha ke arah itu. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi ia tidak mengubah nasibnya sendiri. Bertolong-bantulah kita semua dalam perkara kebaikan dan taqwa. Hayati moto kita `Muafakat Berwawasan'. Insya Allah kita semua berjaya di dunia dan akhirat.

    YDP PPTS, 1 Januari 2006
    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 4:36 PTG   0 komen

    Terdahulu
    Arkib
    Pautan


    Hubungi:

    BLOGGER

    Login Masuk