|
2007-08-15 |
FW: Hati-Hati di Jalan Raya |
From: Jamaluddin Muhamed Said
Sekadar ingatan untuk rakan-rakan.
Hati-hati dijalan raya, terutamanya memandu ketika hari hujan, walau apa pun jenis kereta yang anda pandu. Iklan selalu ingatkan kita semakin laju pengelap cermin kereta anda, semakin perlu anda memperlahankan kereta anda. Memandu laju dalam hujan boleh menyebabkan kereta anda hilang kawalan.
Satu kemalangan jalanraya telah menimpa mak saya di Karak Highway. Dalam perjalan balik untuk hantar Mak saya. Kereta yang di pandu oleh adik ipar saya telah terbabas, berpusing2 & terus melanggar penghadang jalan. Mujurlah tiada siapa yang cedera teruk. Adik ipar saya cuma mendapat rawatan pesakit luar. Mak saya di tahan di Hospital Temerloh sehari kerana sakit2 badan dan darah tinggi. (terperanjat akibat kemalangan). Cuma pembantu rumah mak saya mendapat rawatan lanjut. Dia duduk belakang & dan tak pakai tali pinggang keselamatan. Jadi dia terhantuk.
Mujurlah adik saya dan anak2nya tak ikut serta. kerana on call (HKL).
Sebab itulah saya tak dapat serta untuk perbincangan majlis kenduri haji shahrom. Tapi insya allah hari kenduri nanti saya ada. Cuti pun dah approved. Keje kontrak ni kadang2 hari minggupun kena keje.
Terima kasih. |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 9:53 PTG |
|
|
2007-08-09 |
Fw: AWNING SURAU TAMAN SEROJA e-Aduan No.3980-atap (awning) bocor |
Sdra.
Setelah meneliti gambo tu, saya yakin awning tu jatuh disebabkan tiupan angin. Tak mungkin Jo, Yus, Fendi atau siapa saja yang pegi jolok bagi jatuh. Tapi persoalannya kenapa begitu mudahnya awning surau tu jatuh.
1. Saya begitu yakin kualiti awning terlalu rendah menyebabkan ia mudah jatuh. Atau spesifikasi awning tu memang tak boleh kena tiupan angin.???
Material yg patut digunakan, kaedah pemasangan...etc... Mai tengok dokumen tendernya, baru boleh kita berbalah.
2. Kalau ada ribut, cuba tengok khemah kat belakang tu...Masih megah menegak...melidungi jemaah surau. Logiknya khemah tu lah yang patut tombang dulu...sebab ia struktur sementara...tengok tiang dia...ada 4 batang je...pas tu letak gitu je atas tanah...tiada sokongan tambahan...
3. Tak de la pulak saya dengan cerita mana-mana awning, atap, bumbung @ seumpamanya di Taman Seroja yg runtuh di tiup angin pada masa awning surau tu runtuh...bagi menyokong dakwaan kontraktor.
4. Biasa le bang... Samy pun kata...ini kuasa tuan allah...bila berlakunya kegagalan struktur projek jkr...tak baik gitu, bila projek berjaya, ini adalah kehebatan kontraktor, bila rosak salah tuhan pulak... |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 9:20 PG |
|
|
|
FW: Aduan No.3980-atap (awning) bocor |
Dari tajuk aduan ini saya ingin memberi sedikit pandangan Tuan kata, perkara ini berlaku akibat bencana alam . kuasa Allah.” Patut ke Tuan kata bagitu …..Cuba Tuan kaji dan teliti betul betul….awning tu bocor kerana cara pemasangan nya tak betul. Sebab dari mula lagi awning tu dah bocor .kalau dari mula dah bocor adakah itu salah Tuhan??? Tuan perlu datang dan tenguk sendiri. Baru kita serah pada takdir….. kita tak bolih sewenang wenangnya menuduh Allah…….Kalau tak puas hati kita duduk berbincang….kita orang tak ada masaalah….Bila bolih Tuan dating keseroja? Bagi saja tarikh kita orang TUNGGU…….. From: Mohd Yasid Bin Bidin [mailto:yasid@selangor.gov.my] Subject: RE: Aduan No.3980-atap (awning) bocor Janganlah nak malukan saya sehingga perkara kecil begini nak di maklumkan seluruh dunia! En.Johari bukan tak tahu, perkara ini berlaku akibat bencana alam, bukan nya kuasa saya.Ini semua kuasa ''ALLAH''.Untuk maklumat En.Johari,Kontraktor dah balik dari luar negeri dan akan perbaiki kerja tersebut dengan belanja beliau sendiri. |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 9:10 PG |
|
|
2007-08-06 |
FW: Aduan No. 4148 - Pertukaran Lampu Baru 150 WTT |
From: yusainey
Buat pengetahuan Semua Warga Taman Seroja, Mengikut jawapan dari MPS spt di bawah............ KATANYA.....Pihak TNB telah memulakan kerja2 pertukaran lampu baru 150WATT dan dijangkan siap pd 12/8/2007 Sama-samalah kita TUNGGU........................
------------------------------------ From
aduan@mpsepang.gov.my
06/08/2007 10:28 AM
Assalammualaikum dan selamat pagi........
Terlebih dahulu, terima kasih di atas aduan dan keprihatinan anda....
Untuk makluman tuan, pihak TNB telah pun memulakan kerja-kerja penukaran lampu jalan tersebut pada 30hb Julai 2007 dan dijangka siap pada 12hb Ogos 2007......
Diharap pihak tuan berpuas hati dengan tindakan dan penjelasan di atas. Segala kesulitan dari pihak Majlis amatlah di kesali dan sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah terus menghubungi Jabatan Kejuruteraan di talain 03-8778 2000....
Sekian, terima kasih............ |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 9:44 PG |
|
|
|
e-Aduan 4150 - "Majlis Suai Kenal / Dialog MPS + PPTS" |
Assalammualaikum, Buat pengetahuan semua Warga Taman Seroja. Kami/Saya ada meminta diadakan satu Majlis Suai Kenal / Dialog diantara Pihak MPS & Penduduk Tmn Seroja selepas kami/saya mendapat KATA RESTU dari Tn Haji Dr Othman Abdullah merangkap Tuan Pengerusi, Persatuan Penduduk Taman Seroja, BBST Sepang. Attached herewith "e-Aduan 4150" which is self explanatory. Diharap semua penduduk Taman Seroja dapat menhadirkan diri pada Majlis Suai Kenal / Dialog MPS + PPTS pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Tarikhnya insyaALLAH akan diadakan sebelum bulan Ramadhan. Sekian Terimakasih.
YUSAINEY BIN HAMID 012-341 4019.
# MPS = Majlis Perbandaran Sepang # PPTS = Persatuan Penduduk Taman Seroja |
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:22 PG |
|
|
| |