|
2007-04-24 |
FW: Pemasangan Lampu JalanTaman Seroja - 150 WATT + Anjing Liar |
YUSAINEY BIN HAMID (51560) No 18 Jalan Seroja 24 Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang KLIA Selangor. 03-2070 8833 ext 4086 012-3414019 Tuan YDP Majlis Perbandaran Sepang Tuan, Perkara: Permohonan Pemasangan Lampu Jalan Di Tiap-Tiap Tiang Lampu TNB 1. d/a Jalan Seroja 24, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi 2. Semua Jalan di Taman Seroja, Bandar baru Salak Tinggi Perkara diatas adalah dirujuk. Pihak saya dengan ini meminta pihak Majlis Perbandaran Sepang supaya dapat menyegerakan pemasangan lampu jalan disetiap tiang lampu di Jalan Seroja 24 & juga kesemua tiang lampu di Taman Seroja. Perkara tersebut amatlah perlu dilakukan kerana sebab berikut:- 1. Kedengaran kes-kes pecah rumah & kecurian sering berlaku ketika ini. Tahap kesuraman lampu jalan (75 WATT) tidak memadai sekarang ini. (Lampu Jalan Tidak Terang).Dengan keadaan yang TIDAK TERANG ini, memang kes-kes kecurian amat mudah berlaku. 2. Agak sukar bagi anak-anak penduduk Taman Seroja untuk pulag kerumah selepas menghadiri KELAS TUSYEN diwaktu malam. Ianya amat MERBAHAYA bila keadaan lampu jalan yang MALAP @ tidak terang @ 75 WATT. Sepatutnya pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menukarkan kesemua lampu jalan di Taman Seroja dengan LAMPU BARU @ 150 WATT. 3. Dalam keadaan yg MALAP ini, memang merbahaya bagi anak2 yg pulang dari KELAS TUSYEN malam & selepas KELAS PENGAJIAN di SUrau Taman Seroja disebabkan kehadiran banyak ANJING-ANJING LIAR yang berkeliaran di sekitar Taman Seroja. Kita takut terjadi keadaan tidak diingini berlaku pada anak-anak kita diserang ANJING LIAR seperti yang berlaku di PUTRAJAYA dahulu. 4. KAMI tahu masalah ANJING LIAR ini masih lagi TIDAK DAPAT ditangani oleh pihak MPS. BUKTINYA memang ada. Masih banyak KAWANAN ANJING LIAR berkeliaran di Taman Seroja, Taman Dahlia, Taman MAwar 2. Pemantauan dari MPS amat diperlukan. Saya amat berharap pihak Majlis Perbandaran Sepang dapat bertindak cepat dan dengan lebih PROAKTIF dalam menangani masalah LAMPU JALAN & ANJING LIAR ini dengan berkesan. Bila ada LAMPU JALAN yang lebih TERANG akan menghindar dari kejadian buruk anak2 diserang ANJING LIAR. Kerana anak2 dapat melihat kehadiran anjing liar dengan lebih jelas. Your positive reply on the matter highlighted above is greatly appreciated and I awaits a positive reply from your end. Saya boleh dihubungi seperti nombor yang tertera diatas. Sekian Terimakasih. YUSAINEY BIN HAMID sk. 1.Dr Hj Othman Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seroja 2. En Jamal Jamaludin 3. Penduduk Taman Seroj
|
Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:22 PTG |
|
|
| |