Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS)

d/a No. 89, Jalan Seroja 36, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. ROS Ref: PPM/SEL. 468/99; PPP/SEL. 100/99
Aktiviti Persatuan
Aktiviti Persatuan adalah untuk anda. Muafakat Berwawasan.

  • PPTS
  • Zon-zon
  • Menjana Ekonomi
  • FORUM Perbincangan
  • Photo Album
  • Download
    Dokumen dan borang-borang penting boleh dicapai di ruangan ini

  • Laporan dan Fail
  • Borang
  • Jadual Aktiviti
  • Lain-lain
  • Derma dan Sumbangan
    Sumbangan IKHLAS tidak hanya terhad kepada wang ringgit tetapi merangkumi semua bentuk khidmat yang dapat meningkatkan lagi aktiviti persatuan dan penduduk.

  • Persatuan
  • Surau
  • Aktiviti Surau
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan juga matiku, adalah semata-mata kerana Allah, Tuhan sekelian alam.

  • Maklumat Am
  • Jadual Aktiviti
  • Pelbagai

  • Pengangkutan Awam
  • E-card
  • 2007-04-24
    FW: SMK BBST - LARANGAN PELAJAR MENGGUNAK PINTU MASUK BERDEKATAN APT FLAT TMN DAHLIA

    YUSAINEY BIN HAMID (51560)
    Credit Risk Analytics
    RDMS Project @ Basel II

    Level 27 Menara Maybank
    03-2070 8833 ext 4086
    012-3414019


    Tn Pengetua
    SMK Bandar Baru Salak Tinggi
    Bandar Baru Salak Tinggi
    43900 Sepang
    Selangor
    Tel/Fax : 03-8706 8849

    Tuan

    Perkara: LARANGAN PELAJAR SEKOLAH MENGGUNAKAN JALAN MASUK DISEBELAH FLAT APARTMENT TAMAN DAHLIA

    Perkara diatas adalah dirujuk.

    Saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar SMK BBST adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan jalan masuk yg berdekatan
    dengan FLAT APARTMENT Tmn Dahlia kerana jalan tersebut DIKHASKAN untuk Guru-guru sahaja.

    Saya amat berharap bahawa pernyataan seperti tersebut diatas adalah TIDAK BENAR sama sekali.

    Buat pengetahuan Tuan Pengetua,  tadi pagi saya telah menghantar anak saya yang menaiki basikal ke sekolah untuk menghadiri KOKO. Setibanya di pintu masuk SMK BBST bersebelahan dengan FLAT APARTMENT Tmn Dahlia, saya melihat pelajar-pelajar sekolah terus sahaja berjalan kaki @ menaiki basikal mengikut jalan besar. Terus saya bertanya kepada anak saya & pelajar disitu : Kenapa tak masuk ikut pintu yg dekat ni? Jawapan yg saya terima " Tak boleh, jalan ini KHAS untuk Guru2 sahaja, pelajar sekolah tak boleh lalu.

    PELIK TAPI BENAR-BENAR berlaku.

    Buat pengetahuan Tuan Pengetua, jalan besar itu amatlah terlalu sibuk dengan kenderaan kereta, van, motosikal & bas sekolah. Amatlah MERBAHAYA bagi pelajar2 yg berjalan kaki & menaiki basikal untuk melalui jalan yang sibuk itu. JANGAN nanti bila ada yang terlibat dengan kemalagan baru tindakan akan diambil.

    Saya dengan berbesar hati MENCADANGKAN seperti berikut:--

    1        Pelajar-pelajar SMK BBST dibenarkan dengan serta-merta bermula esok pagi  13/4/07 Jumaat menggunakan jalan                 pintasan tersebut untuk masuk keperkarangan sekolah.

    2.        Pihak sekolah menugaskan seorang PENGAWAL KESELAMATAN untuk mengawasi laluan dipintu tersebut HANYA                 DIWAKTU PUNCAK.         Pintu tersebut harus ditutup kembali selepas waktu puncak bagi mengelakkan sebarang kejadian         tidak diingini dari berlaku i.e kehilangan basikal dll. Tadi pagi  (12/4/07) TIADA pengawal keselamatan ditugaskan                 dipintu masuk tersebut.

    Diharap mendapat pertimbangan dan perhatian pihak tuan dan email dari saya mendapat jawapan sewajarnya dari pihak tuan. Ini bukan satu teguran dari pihak saya TETAPI sebagai PENAMBAHBAIKKAN terhadap apa2 yg baik yg telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi menjadikan anak2 saya & anak2 jiran2 saya di Taman Seroja, Taman Dahlia, Taman Mawar 1 & Taman Mawar 2 lebih baik segi pelajarannya, disiplinnya & agamanya.

    Saya boleh dihubungi seperti no diatas jika pihak tuan inginkan kepastian.

    Sekian Terimakasih.

    YUSAINEY BIN HAMID
    18 Jalan Seroja 24
    Taman Seroja
    Bdr Baru Salak Tinggi
    43900 Sepang
    Selangor.
    Oleh Deinonychus LeYNuX @ 8:07 PTG  
    0 Comments:
    Catat Ulasan
    << M/surat Utama
     

    Terdahulu
    Arkib
    Pautan


    Hubungi:

    BLOGGER

    Login Masuk